Tuesday, June 30, 2015

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Encik Mohd Noor Ismawi Bin Ismail kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung terutama pada Restaurant NR Seafood Village atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Terima kasih.

NR Seafood Village

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu


Apa yang sedap ek dengan Chicken Chop ni?Meh nak bagitahu.Chicken Chop yang sedap di area Kuala Terengganu ni korang boleh dapat di NR Seafood Village atau di NR Cafe.Dia ada dua cawangan dan kedua-duanya tak jauh pun. Jadi kalau NR Cafe penuh, ramai, korang pergilah NR Seafood Villlage pulak. Chicken Chop dekat NR Cafe dan NR Seafood Village ni sedap dari segi kuah/sos dia. Memang menjilat jari..!! Sampaikan kawan yang lain tiap kali nak makan Chicken Chop, memang akan datang sini. Berbaloi dengan harga dia.. Memang umphhh!! Serius saya cakap,kalau korang nak rasa Chicken Chop sedap area Kuala Terengganu, di sinilah tempatnya.. Memang tidak mengecewakan..!Hehehe


Nasi Goreng NR

Selain dari Chicken Chop, Nasi Goreng NR pun tak kurang hebatnya juga. Sedap dan memang cukup rasa beb! Hehehe.Kenyang sangat-sangat dapat satu pinggan. Ditambah pulak dengan udang,sotong dan ayam kat lauk dia.. Memang cukup lengkap wehh!Haha.


Air kelapa special

Air Kelapa Biasa.Boleh tahan sedap. Tak manis sangat,tak tawar sangat. Secukup rasa. Oder air kelapa yang special memang tiptop habis.... sodapppppp!!!!


Banana Split


Banana Split. Dessert yang wajib order oleh pengunjung jika singgah di NR Seafood ni. Ramai yang ckp sedap sehingga menjilat jari dan rasanya memang menjilat jari...sangat sedappp kalau time makan Western. 










Ruang dalam NR Seafood Village

Rekaan dalaman kedai NR Cafe dan NR Seafood Village ni memang antik sikit. Tenang je kalau korang nak datang makan sini sambil dtemani halwa telinga yang mengasyikkan sebab owner kedai ni akan pasang ayat-ayat Al-Quran masa korang makan. Suasana kat sini memang romantik dan sesuai untuk yang berhajat nak buat candle light dinner bagai. 


Tapi kalau korang datang sini,korang memang dan wajib cuba Chicken Chop dia sebab Chicken Chop ni memang sedap giler kat area Kuala Terengganu ni. Memang kalau order satu,memang tak cukup. Haha.. Balik rumah mengidam nak lagi. Jangan lupa cuba taw kalau datang Terengganu. Hehe.




NR PERKENAL ALAM SEMULA JADI



                                              Restoren ni dah memang famous dari dulu lagi...bnyak sangat article berkenaan dengan restoren ni....makanan yang ditawarkan pun memang banyak sngt...dah la banyak sedap pulak 2....orang ckap memang berbaloi baloi...terbaik laaaa.....👍

Monday, June 29, 2015

NR Seafood Village

NR Seafood Village


Bagi penduduk sekitar Gong Badak & Kuala Terengganu pasti pernah pergi NR CafĂ© kat jalan nak pergi airport, jalan Tok Jembal. Paling kurang pun, mesti pernah dengar nama NR CafĂ© kan ? Kan ?Bagi kami sekumpulan, NR CafĂ© ni sangat glamour di kalangan student UMT & UniSZA. Selalunya ramai orang yang memang selalu pergi makan Nasi Goreng Cili Api & Coconut Shake. Siapa tak suka coconut shake sini, memang sedappppp....Tapi kami tak nak cakap pasal NR CafĂ©. Now kami nak story NR Seafood Village.Sampai je kat sini NR seafood village ni kami terpegun kejap.. kenapa unik sangat restoran ni??Menjadi tanda tanya pada kitaorang bertiga. Restoran ni sedikit gelap. Dibuat daripada kayu dan kitaorang rasa macam duk dalam perkampungan tarzan pulak tapi yang pasti sangat cantik!!!Ni gambar permandangan dari hadapan NR Seafood Village.








NR Seafood Village ni kat Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit. Ok, yang red circle itu adalah tempatnya. NR Seafood Village ni tak la dekat sangat dengan pantai, tapi boleh nampak la laut. Yang Green circle tu UniSZA. So, kat roundabout Pak Tuyu tu, just masuk jalan tu, pastu pergi straight ikut jalan. Sampai kat simpang tiga yang ada mini market, pastu turn right. Pastu pergi straight je, nanti nampak NR ni kat sebelah kanan. Banyak sangat pilihan makanan western. Eh-Eh makanan biasa-biasa pun ada. Jangan salah faham pulak.  Sebab terlalu pening nak pilih dan yang sedap kat sini tentulah Chicken chop bawah ni haa. Aku order chicken chop, banana split dan air yang namanya First love..eh aku tak tipu okay! Hanan pulak order nasi goreng, banana split dan air kelapa...













Sunday, June 28, 2015

MENU HIDANGAN DI NR SEAFOOD VILLAGE

Apa yang bestnye di sini, macam-macam menu disediakan untuk pelangan menikmati mengikut citarasa sendiri... Sebelum tu nak cerita sedikit ni. NR Seafood Village ini pernah didatangi oleh pihak TV3 rancangan jalan-jalan cari makan. Bestkan? Famous kedai makan ni dan harga pun berpatutan. Jom kita tengok menu apa yang ada di NR Seafood Village ni.. :)


NR SEAFOOD VILLAGE -NR CAFE RESTORAN DI KUALA TERENGGANU

 Klik : NR Cafe jalan-jalan cari makan ;-

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lsMJpZnkEuk

Menu Ikan

- Ikan Stim Harimau Menangis

- Ikan Stim Limau

- Ikan Stim Halia

- Ikan Bakar Air Asam
- Ikan Bakar Berempah
- Ikan 3 Rasa
- Ikan Masam Manis
- Ikan Namprikpau




Menu Sotong / Udang



SOTONG CELUP TEPUNG



- UDANG GORENG KUNYIT

- SOTONG CELUP TEPUNG

- KERABU SOTONG

- UDANG CELUP TEPUNG


MENU TOMYAM SPECIAL
- TOM YAM CHIANG MAI
- TOM YAM POKTEK


ANEKA SUP
- SUP AYAM/DAGING


SAYURAN
- KAILAN IKAN MASIN
- KANGKUNG GORENG BELACAN

MENU SPECIAL DI NR SEAFOOD









PAKEJ YANG ADA DI NR SEAFOOD VILLAGE

Harga yang sangat berpatutan untuk membawa keluarga di NR Seafood Village ni. Makanan yang sungguh lazat boleh membuatkan pelanggan sehingga menjilat jari.. 
Terdapat 4 pakej yang disediakan iaitu daripada 2 orang makan sehingga lah 8 orang makan. Harga yang sunggu berbaloi-baloi.










HIDANGAN YANG HALAL DAN SEDAP DI NR SEAFOOD VILLAGE












AKHIR KATA bulan bulan puasa ni NR Seafood ada menyediakan buffet ramadhan....so kepada sesiapa yang berminat jemputlah datang untuk menikmati juadah berbuka puasa disana...klaulah ada peluang dan masa ,kami teringin untuk kesana lagi....lastly , kita pantun... Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi...